Tarikh       : 24 September 2022

Masa         : 02.00 pm - 17.00 pm

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Belia Wanita (Usahawan)

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar belia (perempuan) membuat logo ringkas menggunakan aplikasi Canva. Aplikasi Canva adalah aplikasi yang mudah digunakan asalkan ada rangkaian internet dan mempunyai akaun Google. Dengan adanya logo yang beliau reka sendiri, peserta boleh mempromosikan khidmat beliau dengan lebih luas lagi terutamanya di media sosial.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk secara ringkas mengenai Scam kepada peserta. Beliau dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan mana-mana mesej atau panggilan yang diterima daripada orang yang tidak dikenali. Kemudian, peserta diajar cara memulakan untuk memnggunakan aplikasi Canva dengan membuka laman web Canva di search engine. Kemudian beliau log masuk ke akaun Canva menggunakan akaun Google beliau yang sedia ada. Beliau mereka sendiri logo beliau dengan bantuan tunjuk ajar daripada petugas. 

Klik Di Sini Untuk Gambar