Tarikh : 15 Oktober 2022 Masa : 09.00 am - 13.00 pm Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar pelajar sekolah rendah membuat surat rasmi ringkas jika beliau tidak dapat hadir ke sekolah. Surat rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah sangat penting bagi menggantikan slip sakit jika pelajar tidak dapat hadir atas sebab selain sakit atau tidak mampu untuk ke klinik. Selain itu, pelajar juga akan mendapat pendedahan awal tentang format surat rasmi.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk secara ringkas berkaitan dengan Teknologi dan Anda. Pelajar kemudian diterangkan dengan apa itu surat rasmi dan tujuan menulis surat rasmi. Pelajar juga di ajar tentang format penulisan surat rasmi. Hal yang demikian membuat pelajar mendapat pengenalan awal mengenai penulisan surat rasmi. Dengan kemahiran menaip yang ada pada diri pelajar, petugas hanya mengajar tentang format penulisan dan kekemasan surat sahaja. Setelah selesai membuat surat rasmi, pelajar diajak menggunakan kemudahan internet yang adauntuk bermain secara atas talian iaitu bermain permainan Word Puzzles Online Quiz.