Tarikh : 15 Oktober 2022 Masa : 14.00 pm - 17.00 pm Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar pelajar sekolah rendah cara membuat Flash Card ABC dengan menggunakan Microsoft Office PowerPoint. Pelajar juga diulang ajar cara mencari dan memuat turun gambar-gambar yang berkaitan di Google Search Engine. Pelajar didedahkan dengan cara mencari gambar yang jelas untuk dimuatturun. Pelbagai medium boleh digunakan untuk membuat Flash Card ABC tetapi Microsoft Office PowerPoint dipilih sebagai aplikasi yang digunakan kerana ianya mudah difahami dan mudah diajar kepada pelajar.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk ringkas kepada pelajar mengenai Buli Siber. Pelajar kemudian diulang ajar cara mencari dan memuat turun gambar-gambar yang berkaitan di Google Image Seacrh. Setelah memuat turun gambar-gambar yang berkaitan, pelajar seterusnya membuka dokumen baru Microsoft Office PowerPoint dan memulakan membuat Flash Card ABC. Pelajar mulanya diajar cara memasukkan gambar dan crop gambar jika saiznya tidak sesuai. Kemudian pelajar diajar memasukkan text box dan menulis huruf dan perkataan yang berkaitan dengan gambar. Setelah selesai membuat flash card tersebut secara softcopy, pelajar kemudian di ajar mencetak kad tercsebut mengikut format saiz yang sesuai. Kemudian pelajar menggunting kad tersebut mengikut saiz yang telah dicetak. Dan bolehlah sudah pelajar mengajak adik-adik beliau bermain sambil belajar menggunakan Flash Card ABC yang beliau buat sendiri.