Tarikh       : 30 Oktober 2022

Masa         : 02.00 pm - 05.00 pm

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Usahawan (Wanita)

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar usahawan (perempuan) mengisi dan mengemaskini maklumat syarikat yang beliau urus di laman web e-Perolehan. Sistem e-Perolehan merupakan satu di bawah Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) bagi menguruskan permohonan lessen mof dan kerja-kerja berkaitan tender dan sebut harga kerajaan. Maklumat syarikat dalam sistem e-perolehan hendaklah sentiasa dikemaskini jika berlaku perubahan. Hal ini supaya profil dalam system e-perolehan selari dengan maklumat yang terdapat di SSM.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk secara ringkas terlebih dahulu berkenaan dengan Penipuan Kewangan Ata Talian. Beliau dinasihatkan berhati-hati dengan mana –mana mesej atau panggilan yang diterima daripada orang yang tak dikenali. Peserta di ajar cara membuka laman web ePerolehan di Google Search Engine. Setelah itu beliau log masuk ke system ePerolehan menggunakan id dan kata laluan yang telah sedia ada. Beliau kemudian mengisi segala maklumat yang diminta secara berperingkat dengan bantuan daripada petugas.

Klik Di Sini Untuk Gambar