Tarikh       : 29 November 2022

Masa         : 09.00 am - 01.00 pm

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Usahawan (Wanita)

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar usahawan (wanita) mengisi, mengemaskini dan menambah produk di Shopee Shop beliau. Beliau telah lama menjual di Shopee sejak dari tahun 2020 lagi. Walaubagaimanapun, akibat kekangan masa dan banyak perkara yang perlu di selesaikan, beliau telah lama tidak mengemaskini produk jualan beliau di Shopee. Puan Nasiban Khan merupakan Ikon Usahawan PEDi Sadong Jaya. Beliau melakukan jualan produk beliau iaitu Borneo Facemask di platform Facebook dan Shopee. Penjualan Facemask Puan Nasiban yang bercorak unik mendapat sambutan di Facebook mahupun di Shopee atau jualan secara offline (secara langsung). Penambahan produk di Shopee dapat mengaktifkan Kembali Shopee Shop beliau. Dengan adanya produk Facemask berbagai corak dan warna yang dijual di Shopee Shop beliau akan menarik lebih banyak lagi pelanggan untuk membeli. Penggunaan Facemask pada masa kini masih digalakkan untuk melindungi diri kita sendiri.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan Peserta didedahkan dengan KDB Talk secara ringkas terlebih dahulu berkenaan dengan Penipuan Kewangan Atas Talian. Beliau dinasihatkan berhati-hati dengan mana –mana mesej atau panggilan yang diterima daripada orang yang tak dikenali. Beliau juga dinasihatkan supaya terus keluar dari group atau channel Telegram yang telah menjemput beliau ke group atau channel tersebut. Peserta membuat ulangkaji bagaimana cara membuka kedai shopee beliau menggunakan komputer,yang mana biasanya di rumah beliau hanya menggunakan telefon bimbit. Setelah log masuk menggunakan barcode (link to Shopee Apps), beliau terus mengemaskini maklumat beliau di Shopee Shop dan menambah produk yang baru di Shopee Shop beliau.

Klik Di Sini Untuk Gambar