Tarikh : 3 Disember 2022 Masa : 09.00 am - 01.00 pm Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar pelajar sekolah rendah cara membuat poster ringkas berkaitan Perdana Menteri Malaysia menggunakan Microsoft Office Word. Pelajar juga diajar cara mencari gambar Perdana Menteri Malaysia di laman web yang betul. Selain daripada itu, pelajar juga didedahkan dengan nama-nama Perdana Menteri Malaysia dan tahun mereka menjadi Perdana Menteri serta serba sedikit sejarah berkaitan dengan nya. Pengetahuan Am dan asas berkaitan negara Malaysia ini harus diketahui semua golongan tidak mengira peringkat umur.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk secara ringkas kepada pelajar berkenenaan Penjagaan Komputer dan Penggunaan Internet. Internet memang menjadi keperluan di masa sekarang tidak kira di mana pun anda berada. Pelajar kemudian di ajar cara mencari dan menyimapan gambar ke dalam folder beliau sendiri di Komputer untuk digunakan nanti. Pelajar kemudian di ajar cara memasukkan shape ke dalam MS Office Word dan menyusun Shapes tersebut mengikut bilangan yang betul untuk dimasukkan gambar-gambar Perdana Menteri Malaysia dari yang pertama hinggalah yang kesepuluh. Disetiap gambar, pelajar akan meletakkan nama penuh Perdana Menteri tersebut. Setelah siap dan yakin poster beliau cantik, pelajar kemudian mencetak poster beliau untuk rujukan beliau suatu masa nanti.