Tarikh       : 4 Disember 2022

Masa         : 09.00 am - 01.00 pm

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar pelajar sekolah rendah untuk mereka dan membuat satu buku cerita yang mengisahkan tentang cerita pendek. Pelajar didedahkan dengan penggunaan Google Seacrh Image untuk mencari gambar yangs sesuai dan untuk membuat rujukan jalan cerita yang ingin dibuat. Pelajar juga didedahkan dan diajar dengan penggunaan Microsoft Office PowerPoint untuk mereka buku cerita tersebut. Dengan kemahiran yang sedia ada, beliau setrusnya diajar menyimpan dokumen PowerPoint beliau ke dalam format PDF agar mudah untuk dicetak dalam bentuk buku.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk secara ringkas berkaitan dengan berhati-berhati ketika menggunakan internet terutamanya media sosial. Walapun kanak-kanak tidak mempunyai akaun media sosial sendiri, tetapi mereka kadang-kadang membuka akaun media sosial milik ibubapa mereka di telefon ibu bapa mereka. Pelajar didedahkan supaya tidak menekan mana-mana iklan atau apa-apa sahaja yang mencurigakan ketika melayari media sosial. Pelajar kemudian memulakan kelas dengan mencari gambar di Google Seacrh Engine. Selepas itu, pelajar diajar memasukkan gambar tersebut ke dalam dokumen PowerPoint. Pelajar kemudian menaip cerita yang telah dipilih. Setelah siap, pelajar mencetak buku cerita yuang beliau buat sendiri.

Klik Di Sini Untuk Gambar