Tarikh       : 13 Disember 2022

Masa         : 09.00 am - 11.00 am

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Belia

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar belia menaip secara cepat tetapi berhati-hati supaya tiada typo error. Peserta kelas diajar cara menaip resepi makan dengan menggunakan banyak fungsi di MS Office Word seperti bullets, frame border, dan font adjustment supaya bersesuaian dengan apa yang beliau inginkan. Menaip secara berhati-hati tetapi pantas ini perlu agar dapat menjimatkan masa untuk membetulkan typing error.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk secara ringkas berkenaan Check Your Label kepada peserta. Peserta kemudian memulakan kelas dengan log masuk ke CMS Client menggunakan No. IC beliau. Setelah itu, peserta mula membuka dokumen MS Office Word dan mula menaip resepi yang telah diberikan. Peserta kemudian di ajar cara memasukkan bullets untuk mencantikkan lagi resepi beliau. Setelahitu, peserta diajar cara memasukkan frame border dan mengaturkan mengikut tebal dan warna yang sesuai. Setelah siap, peserta menyimpan dokumen beliau ke dalam pendrive untuk dicetak.

Klik Di Sini Untuk Gambar