Tarikh : 2 Januari 2023 Masa : 09.00 am - 12.00 am Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Pelajar TABIKA Kemas |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar dan mendedahkan pelajar di peringkat awal persekolahan (TABIKA) berkenaan dengan penggunaan komputer, fungsi-fungsi komputer dan menggunakan komputer dan internet secara asas. Pelajar diajar mengenal huruf-huruf di papan kekunci (keyboard) komputer dan diajar menaip/menekan huruf-huruf tersebut. Dengan pendedahan awal terhadap komputer dan penggunaannya, pelajar tidak lagi kekok bila mana dia sudah masuk ke alam persekolah formal tidak lama lagi.
Aktiviti:
Kelas dimulakan dengan KDB Awarenes secara ringkas kepada pelajar berkaitan dengan Teknologi dan Anda. Kemudian, pelajar dikenalkan dengan item-item yang ada di komputer. Pelajar kemudian diajar cara mengenal huruf di papan kekunci dengan bermain permainan ats talian di laman web typing.com. Kemudian, pelajar di ajar cara melukis dan mewarna menggunakan aplikasi Paint di komputer. Di samping itu, pelajar dapat mengenal bentuk-bentuk dan warna dengan lebih baik. Sebelum mengakhiri kelas, pelajar diajar cara menonton video yang mereka di Youtube di samping memperkenalkan pelajar dengan penggunaan Internet dan komputer masa kini.