Tarikh       : 7 Januari 2023

Masa         : 09.00 am - 12.00 am

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar pelajar sekolah membuat poster piramid makanan menggunakan Microsoft Office PowerPoint. Pelajar diperkenalkan dengan cara memasukkan bentuk segitiga berlapis lapis mengikut susunan saiz yang sesuai. Pelajar juga diulang ajar mencari dan menyimpan gambar di Google Seacrh Engine. Pelajar kemudian diajar cara membuang latar belakang yang telah dimuatturun supaya kelihatan cantik dan kemas bila dimasukkan ke dalam poster piramid makan beliau. Di samping belajar menggunakan komputer dan internet, pelajar juga diajar cara pengambilan makanan yang sihat supaya tubuh badan tidak mudah sakit dan sentiasa cergas dan cerdas.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Awareness kepada pelajar bekaitan dengan Teknologi dan Anda iaitu Aplikasi Atas Talian. Dalam kelas yang berlangsung, pelajar ada menggunakan satu laman web yang menyediakan aplikasi untuk membuang latar belakang gambar. Pelajar dinasihatkan untuk menggunakan aplikasi atas talian tersebut untuk tujuan yang baik bukan sebaliknya. Pelajar kemudian diajar cara memasukkan bentuk segitiga ke dalam dokumen Powerpoint dan diajar cara menentukan saiz segitiga tersebut supaya mudah untuk beliau memasukkan bentuk segitiga untuk saiz-saiz yang lain. Saiz yang sesuai akan menampakkan kekemasan kerja yang dibuat ditambah dengan pemilihan warna yang sesuai. Kemudian pelajar diajar cara memasukkan gambar-gambar yang telah beliau cari dan muatturun dari Google Image Search. Setelah itu, sambil belajar mengenai piramid makanan, pelajar diajar mengenalpasti kelas makanan di setiap lapisan piramid.

Klik Di Sini Untuk Gambar