Tarikh       : 3 Februari 2023

Masa         : 02.30 pm - 04.30 pm

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Belia

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar belia-belia berkenaan dengan TikTok Affiliate dan TikTok Shop. TikTok affiliate menjadi sumber pendapatan sampingan yang sangat popular masa kini, Ianya sangat mudah kerana yang utama ianya tidak memerlukan modal. Walaupun komisyen yang diperolehi untuk sesuatu item yang terjual tidak besar, tapi jika cara mempromosikan video dapat menarik minat pembeli sasaran di TikTok, item yang terjual banyak dan komisyen yang diperolehi juga banyak. Pengajar mengajar peserta kelas tentang cara membuka akaun TikTok Shop dan memulakan TikTok Affialiate. Tenaga pengajar kelas ini adalah Rakan Digital dari PEDi Kpg Pinang dan beliau telah membuat kelas secara atas talian sahaja memandangkan lokasi untuk peserta-peserta kelas jauh.

 

Aktiviti:

Aktiviti digunakan dengan pengenalan kepada TikTok Affiliate dan TikTok Shop. Kemudian, peserta kelas diajar cara untuk memiliki TikTok Shop walaupun hanya mempunyai jumlah pengikut yang sedikit. Setelah mempunyai TikTok Shop, barulah dapat seseorang individu itu untuk menjadi TikTok Affiliate. Peserta kelas juga diajar cara untuk mendapatkan bahan iklan untuk membuat video promosi item jualan mereka di TikTok. 

Klik Di Sini Untuk Gambar