Tarikh : 2 dan 5 Ogos 2017
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Pi1M Sadong Jaya
Peserta : 20 orang

 

Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 4 orang pelajar OKU pada 2 Ogos 2017, dan 16 orang pelajar sekolah menengah pada 5 Ogos 2017. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memperkenalkan tentang Pertandingan Dashboard Komuniti yang berlangsung sepanjang tahun 2017.
   
Aktiviti 

Para pelajar diterangkan tentang syarat-syarat dan cara-cara untuk mengikuti Pertandingan Dashboard Komuniti tersebut. Para pelajar diajar cara memuat turun aplikasi Dashboard Komuniti dan Durian Runtuh. Kemudian, para pelajar ditunjukkan cara menjawab soalan kuiz Dashboard Komuniti dan cara bermain Durian Runtuh.