Tarikh : 18 Ogos 2017 Masa : 8.00 am - 11.30 pm Lokasi : Pi1M Sadong Jaya Peserta : Pelajar sekolah menengah dan rendah, orang awam |
Tujuan:
Kelas ICT (Adobe Photoshop) ini bertujuan untuk membiasakan diri para pelajar dengan penggunaan Adobe Photoshop serta memberi pendedahan asas mengenai komputer. Dengan adanya kelas ini para pelajar dapat mempelajari kemahiran kegunaan software Adobe Reader untuk mengedit gambar-gambar mereka sendiri. Dengan kemahiran yang ada, para pelajaran dapat menghasilkan kerja-kerja kursus dan kerja sekolah mereka dengan baik dan cantik.
Aktiviti:
Kelas dimulakan dengan penerangan dan demonstrasi ringkas daripada petugas. Petugas mengajar kemahiran asas menggunakan software Adobe Photoshop. Seusai penerangan, aktiviti diteruskan lagi dengan latihan oleh pelajar itu sendiri dengan bantuan petugas. Pemahaman para pelajar meningkat dengan membuat banyak latihan dan mencuba sendiri menambahbaik gambar dengan menggunakan software Adobe Photoshop.