Tarikh : 27-28 Oktober 2017 Masa : 8.00 am - 5.00 pm Lokasi : Pusat Internet 1 Malaysia Sadong Jaya Peserta : Peniaga/Usahawan Tempatan |
Tujuan:
Program Galakkan Pensijilan Halal Malaysia yang di anjurkan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak Bahagian Samarahan ada bertujuan untuk mengajar dan membantu peniaga serta usahawan tempatan untuk membuat permohonan sijil halal secara atas talian. Hal ini memudahkan para peniaga serta usahawan tempatan untuk membuat permohonan tanpa memerlukan mereka pergi ke kaunter dan menjimatkan masa yang ada.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan demonstrasi dan penerangan ringkas daripada wakil JAIS Samarahan mengenai pensijilan halal Malaysia. Selepas mengajar secara ringkas untuk meohon sijil halal atas talian, peserta disuruh dan diber peluang untuk memohon dan mengisi sendiri permohonan sijil halal secara atas talian dengan dibantu oleh staf-staf JAIS Samarahan dan petugas-petugas PI1M Sadong Jaya.