Tarikh   : 3 - 5 November 2017

Masa     : 8.00 am - 5.00 pm

Lokasi   : Kampung Sadong Jaya

Peserta : Komuniti Setempat

 

Tujuan:

Promosi PI1M Sadong Jaya yang diadakan sempena Pesta Sadong Jaya adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada komuniti tempatan mengenai kewujudan PI1M dan fungsinya. Dengan itu, petugas dapat memberitahu kebaikan PI1M serta perkhidmatan yang disediakan oleh PI1M kepada orang ramai yang berkunjung di booth PI1M Sadong Jaya.

 

Aktiviti:

Hari pertama petugas dan squad bersama-sama bergotong-royong menyediakan peralatan dan props untuk membuka booth promosi yang berlangsung selama 2 hari berturut-turut. Pada hari pertama promosi, aktiviti yang dinamakan RODA IMPIAN disediakan bagi pelawat yang melawat booth pameran PI1M Sadong Jaya. Setiap pelawat akan berpeluang menyertai permainan itu sekali sahaja secara percuma. Pelawat akan disoal soalan mengenai PI1M sebelum mendapat hadiah-hadiah yang disediakan. Secara tidak langsung, pelawat akan mengetahui serba sedikit mengenai PI1M Sadong Jaya.

 

Klik Di Sini Untuk Gambar