Tarikh   : 18 November 2017

Masa     : 9.30 am - 5.00 pm

Lokasi   : Bilik Latihan PI1M Sadong Jaya 

Peserta : Usahawan Tempatan

 

Tujuan:

Program eUsahawan Sarawak anjuran Politeknik Kuching ini bertujuan mengajar dan memperkenalkan usahawan tempatan cara-cara untuk mempromosikan produk mereka di media sosial. Pelbagai jenis aplikasi media sosial yang diperkenalkan kepada usahawan tempatan baik yang muda mahupun yang tua. Seiring dengan perederan masa sekarang, media soosial adalah medium yang terbaik untuk memperkenalkan produk keluaran usahawan tempatan kepada orang luar.

 

Aktiviti:

Program dimulakan dengan taklimat daripada penceramah, Puan Surafah, Pensyarah dari Politeknik Kuching mengenai aplikasi-aplikasi seperti Facebook, Instagram, dan WhatsApp yang mana bakal digunakan oleh para usahawan untuk menjual serta mempromosikan produk mereka. Mereka juga didedahkan akan kegunaan dan fungsi aplikasi tersebut dan bilakah masa yang sesuai untuk menggunakannya. Para usahawan/peserta yang terlibat seterusnya disuruh menggunakan sendiri aplikasi tersebut menggunakan komputer yang disediakan di PI1M Sadong Jaya dengan bantuan dan tunjuk ajar penceramah.

 

Klik Di Sini Untuk Gambar