Tarikh   : 18 November 2017

Masa     : 8.00 am - 9.30 am

Lokasi   : Bilik Latihan PI1M Sadong Jaya 

Peserta : Usahawan Tempatan

 

Tujuan:

Pengenalan Dashboard Komuniti khususnya Modul My Shop kepada usahawan tempatan amatlah memberi manfaat kepada para usahawan supaya mereka dapat mempromosikan produk mereka di seluruh Malaysia selari dengan objektif kewujudan PI1M yang ingin meningkatkan ekonomi penduduk luar bandar. Para usahawan dapat memuat turun produk mereka di My Shop di samping melihat-lihat produk-produk lain yang dihasilkan oleh usahawan-usahawan negara.

 

Aktiviti:

Para usahawan diajar cara log masuk ke Dashboard Komuniti dengan menggunakan No Kad Pengenalan masing-masing. Bagi yang belum menjadi ahli, petugas membpelawa mereka untuk menjadi ahli dan seterusnya diajar cara memuatturun aplikasi Dashboard Komuniti di telefon pintar masing-masing. Sebagai penghargaan kepada penglibatan meraka, para usahawan dihadiahkan cenderahati T-shirt Dashboard kepada yang memuatturun aplikasi Dashboard Komuniti di telefon pintar serta memuatturun produk mereka di My Shop dan juga membuat hebahan kepada komuniti. 

 

Klik Di Sini Untuk Gambar