Tarikh   : 20 Januari 2018

Masa     : 9.00 am - 12.00 pm

Lokasi   : PI1M Sadong Jaya 

Peserta : Usahawan Tempatan

 

Tujuan:

Kelas Demo & Hands On dengan Instarflour yang dianjurkan oleh NASMA Enterprise (Puan Hirmah) mengajar para peserta cara membuat kek dengan tepung segera yang dihasilkan sendiri oleh NASMA Enterprise. Puan Hirmah juga berkongsi ilmu mengenai cara memajukan perniagaan dan mengajar para peserta untuk mendapatkan bantuan perniagaan di mana mana agensi terlibat.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan pengenalan Puan Hirmah mengenai tepung kek segera yang dihasilkan sendiri oleh beliau. Dengan menggunakan tepung kek beliau, peserta dapat berjimat dari segi masa, tenaga dan wang ringgit. Beliau juga mengajar para peserta cara membuat beberapa jenis kek dari tepung segera beliau. Puan Hirmah juga berkongsi ilmu perniagaan kepada para peserta macam mana nak berusaha berjaya dalam perniagaan. Beliau juga memberi nasihat kepada para peserta sekiranya betul-betul ingin berniaga, boleh memohon bantuan kepada mana-mana agensi yang terlibat.

 

Klik Di Sini Untuk Gambar

Klik Di Sini Untuk Video