Tarikh : 30 Januari 2018 Masa : 9.00 am - 11.00 am Lokasi : Bilik Latihan PI1M Sadong Jaya Peserta : Warga Usia Emas |
Tujuan:
Kelas ICT warga usia emas diadakan pada setiap minggu dengan bilangan pelajar warga usia emas seramai 6 orang. Kehadiran mereka dicatat supaya mereka tahu berapa hari mereka hadir ke kelas dan supaya mereka tidak ketinggalan jauh dari pelajar yang lain. Mereka diajar cara menaip menggunakan Microsoft Office Word.
Aktiviti:
Para pelajar warga usia emas membuat ulangkaji tentang apa yang mereka pelajari pada minggu yang lepas. Mereka diajar fungsi-fungsi yang ada pada keyboard dan seperti minggu-minggu yang lepas, mereka diberi latihan menaip teks ringkas yang disediakan oleh petugas.