Tarikh   : 14 Mac 2018

Masa     : 9.00 am - 11.00 am

Lokasi   : Bilik Latihan Pi1M Sadong Jaya

Peserta : Warga Usia Emas (5 orang)

 

Tujuan:

Kelas Dashboard MyHealth ini bertujuan untuk memperkenalkan kegunaan Modul MyHealth dalam Dashboard Komuniti kepada warga usia emas. Di samping membuat saringan kesihatan untuk 'blood pressure', mereka juga dapat didedahkan dengan fungsi MyHealth dan MyHealth device oleh petugas.

 

Aktiviti:

Kelas dimulakan dengan mengajar mereka cara log masuk ke web Dashboard Komuniti dengan menggunakan kad pengenalan masing-masing. Kemudian mereka diajar menggunakan MyHealth Device untuk membaca bacaan kesihatan mereka. Selepas itu, admin/petugas "syncronize" data dalam MyHealth device ke web Dashboard Komuniti. Dengan itu, para pelajar warga emas dapat melihat paras kesihatan mereka sendiri setiap kali mereka log masuk ke Dashboard Komuniti.

 

Klik Di Sini Untuk Gambar