Tarikh : 2 Mac 2019 Masa : 0900 - 1200 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan untuk mengajar pelajar sekolah menengah menggunakan aplikasi Movie Maker untuk menghasilkan dan mengedit video dan audio yang beliau perlukan. Aplikasi Movie Maker adalah aplikasi yang memang sedia ada di dalam setiap PC yang menggunakan Windows. Ada juga aplikasi lain untuk membuat dan mengedit video tetapi ia perlu dimuat turun atau dibeli di internet.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan memuat turun video yang diperlukan di Youtube. Setelah cukup kesemua video yang perlu, pelajar diminta membuka aplikasi Movie Maker dan mengupload video video tersebut ke dalam aplikasi Movie Maker. Kemudian, pelajar diajar cara memotong dan membuang video yang tidak diperlukan. Pelajar kemudian diajar cara menyimpan video tersebut ke dalam komputer dan menukarkan video tersebut ke dalam audio.