Tarikh   : 7 Mac 2019

Masa     : 1400 - 1700

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Belia

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar belia cara membuat emel yang rasmi. Emel yang dibuat adalah untuk membuat permohonan pekerjaan secara online iaitu SPA8i. SPA8i adalah salah satu medium mencari pekerjaan dalam sektor kerajaan secara online mengikut kelulusan akademik si pemohon kerja.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan mengajar belia membuat emel gmail yang rasmi dengan menggunakan nama emel yang sesuai. Beliau diingatkan supaya mengingati kata laluan yang dibuat supaya senang untuk beliau membuka akaun emel pada masa akan datang. Kemudian beliau di ajar cara mendaftar dan mengisi permohonan kerja atas talian di laman web SPA8i langkah demi langkah. Beliau membuat sendiri dengan pemantauan dan bantuan daripada petugas.

Klik Di Sini Untuk Gambar