Tarikh : 13 Julai 2019 Masa : 09.00 - 17.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Wanita (Guru KEMAS) |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan memberi tunjuk ajar kepada Guru Taska KEMAS tentang proses pembuatan video/movie menggunakan aplikasi Windows Movie Maker untuk projek sekolah beliau yang perlu dihantar kepada orang atasan dalam masa yang terdekat.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan mengajar beliau memasukkan gambar dan video yang perlu di'satu'kan dalam movie tersebut. Beliau kemudian diajar cara memotong video yang tidak diperlukan dan memasukkan lagu/muzik di bahagian-bahagian yang tertentu dalam movie. Setelah siap, beliau diajar cara menyimpan movie tersebut dalam format mp4.