Tarikh   : 27 September 2019

Masa     : 09.00 - 12.00

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Pelajar TABIKA KEMAS

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mendedahkan anak-anak TABIKA dengan penggunaan komputer dan teknologi dalam kehidupan seharian kita. Mereka juga di ajar cara mewarna secara online denagn melayari laman web Disney Online Colouring. Pelajar juga dideahkan dengan penggunaan komputer yang hampir sama dnegan penggunaan telefon pintar.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan pengenalan asas peralatan teknologi masa kini dengan mengedarkan setiap pelajar dengan sehelai kertas yang berlainan gambar. Kemudian pelajar diarahkan berkumpul dalam kumpulan gambar yang sama. Mereka kemudian diberikan satu permainan 'jigsaw puzle' gambar Klik Dengan Bijak. Selepas itu pelajar diajar cara mewarna digital online. Setelah selesai mewarna, aktiviti diteruskan dengan 'Menyanyi dan Menari bersama Youtube' dengan menayangkan video lagu kanak-kanak kegemaran anak-anak masa kini. 

Klik Di Sini Untuk Gambar