Tarikh   : 28 September 2019

Masa     : 08.00 - 13.00

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Belia dan Komuniti Setempat 

 

Tujuan:

Program ini bertujuan melestarikan Pusat Internet sebagai pusat ICT dan kesihatan. Program ini juga bertujuan mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti kampung, agensi-agensi yang terlibat, serta MPKK untuk mewujudkan komuniti yang sihat dan bijak IT. Selain itu, program ini dilaksanakan untuk mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan pendaftaran peserta serta saringan kesihatan yang dilakukan oleh KOSPEN Kampung Pelandok. Kemudian aktiviti diteruskan dengan KDB Talk dan pengenalan Pusat Internet oleh Pengurus Pusat Internet Sadong Jaya. Program diteruskan dengan ceramah kesihatan daripada Dr Muhd Fahmi bin Mohd Diah daripada Klinik Kesihatan Sadong Jaya berkenaan dengan penyakit-penyakit yang diperolehi melalui seks bebas. Aktiviti diteruskan dengan taklimat pengenalan ringkas daripada KOSPEN Kampung Pelandok. Program diteruskan dengan acara perasmian yang dirasmian oleh Penghulu Hj Osien bin Hj Long. Program diakhiri dengan penyampaian hadiah, cabutan bertuah dan penyampaian cenderahati.

Klik Di Sini Untuk Gambar