Tarikh   : 1 Oktober 2019

Masa     : 09.00 - 12.30

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Pelatih PDK Sadong Jaya (OKU)

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar dan mendedahkan pelatih-pelatih PDK Sadong Jaya yang berkelainan upaya mewarna secara Online di laman web Disney Online Colouring. Hal ini kerana mungkin di masa akan datang tiada lagi pertandingan mewarna yang bakal diadakan menggunakan warna pensel (manual) sebaliknya semuanya adalah secara digital.

 

Aktiviti:

Pelajar mulanya didedahkan dengan penjagaan komputer dan penggunaan teknologi terhadap diri mereka. Kemudian kelas mewarna dimulakan dengan mengajar mereka untuk log masuk menggunakan No IC masing-masing. Mereka kemudian membuka Google Chrome dan disuruh menaip Disney Online Colouring di google seacrh tab. Kemudian, mereka pergi ke laman web tersebut dan memilih gambar yang mereka suka untuk diwarna.

Klik Di Sini Untuk Gambar