Tarikh : 20 Oktober 2019 Masa : 14.00 - 17.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Usahawan Tempatan |
Tujuan:
Mendedahkan para belia dan usahawan akan kepentingan label produk dalam perniagaan. Mereka juga didedahkan dengan penggunaan Microsoft Office Powerpoint dalam proses pembuatan/editing label produk mereka. Mereka juga diajar cara mengambil gambar produk dengan menggunakan "Product Studio" yang boleh didapati di kedai-kedai. Gambar yang menarik dan jelas dapat menarik minat pembeli produk mereka.
Aktiviti:
Penerangan daripada pelajar UNIMAS yan g terlibat. Pelajar UNIMAS kemudian mengajar mereka membuat label produk menggunakan MS Office Powerpint. Para peserta membuat sendiri label produk mereka berpandukan modul yang diberi dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada pelajar UNIMAS dan petugas Pusat Internet.