Tarikh   : 25 Oktober 2019

Masa     : 09.00 - 11.00 

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Ketua Masyarakat / Ketua Kaum

 

Tujuan:

Kempen kesedaran dan pendidikan tentang projek pendigitalan penyiaran nasional ini sedang giat dijalankan dalam pelbagai bentuk dan medium. Pusat Internet juga turut dilantik sebagai local champion bagi mempromosikan ASO dan MyFreeview yang mana setiap PI turut dibekalkan dengan set DTT atau DTH di lokasi masing-masing. Taklimat untuk ketua masyarakat dan ketua kaum ini supaya mereka didedahkan dan dapat mendedahkan dengan penduduk kawasan mereka akan penutupan siaran analog tidak lama lagi.

 

Aktiviti:

Taklimat dan penerangan ringkas daripada petugas Pusat Internet Sadong Jaya berkenaan 'Analogue Switch Off' yang akan berlangsung di Sabah dan Sarawak bermula 1 November 2019 nanti. Taklimat ini memberi kesedaran dan pemberitahuan kepada wakil setiap kampung untuk menghebahkan kepada orang ramai tentang penutupan siaran analog secara besar-besaran dan penggunaan siaran digital secara berleluasa. Kepada penduduk yang mendapat decoder myTV percuma boleh terus membuat pemasangan dan kepada yang tidak mendapat dicoder myTV percuma boleh membeli di kedai-kedai elektronik yang terpilih.

Klik Di Sini Untuk Gambar