Tarikh   : 18 November 2019

Masa     : 09.00 - 12.00 

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Usahawan

 

Tujuan:

Kelas ini adalah bertujuan untuk mengajar seorang usahawan (kontraktor) membuat jadual kerja yang telah selesai dari tahun bermulanya beliau mencenuri bidang itu sehingga tahun 2019 ini. Jadual kerja itu diperlukan untuk dimasukkan ke dalam portfolio syarikat beliau agar mudah bagi beliau untuk membuat sebarang urusan berkenaan dengan perniagaan beliau di masa akan datang.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan mengajar beliau membuka aplikasi Microsoft Office Word. Beliau kemudian diajar cara mengatur setting di page layout dan kemudian memasukkan jadual mengikut jumlah yang diperlukan. Beliau kemudian mengisi kerja-kerja yang telah disiapkan ke dalam jadual tersebut mengikut urutan tahunnya. Setelah selesai, beliau kemudian diajar cara mencetak dokumen yang telah siap agar mematuhi kehemdak format yang diperlukan.

Klik Di Sini Untuk Gambar