Tarikh   : 16 Disember 2019

Masa     : 09.00 - 12.00 

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Belia

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar dan meningkatkan lagi pengetahuan belia dalam penulisan resume. Resume penting untuk memohon dan mendapatkan pekerjaan. Pelajar diajar cara membuat resume ringkas tapi padat dengan maklumat menggunakan Microsoft Office Word. Belia yang merupakan lepasan SPM membuat dan mereka resume nya sendiri dan bertanya kepada petugas jika beliau tidak faham. 

 

Aktiviti:

AKtiviti dimulakan dengan log masuk ke dalam sistem CMS menggunakan kad pengenalan beliau sendiri. Kemudian beliau memindahkan resume yang sedia ada di dalam telefon ke komputer yang beliau gunakan untuk menambah maklumat yang sedia ada. Setelah selesai menambah dan mereka resume beliau, beliau kemudian diajar cara mencetak resume beliau langsung dari komputer yang beliau gunakan. 

Klik Di Sini Untuk Gambar