Tarikh : 6 Disember 2019 Masa : 9.00 - 12.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Wanita |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar dan membimbing golongan wanita bekerjaya (Kakitangan KEMAS) membuat laporan kerja mereka menggunakan Microsoft Office Word dan Microsoft Office Excel. Walaupun mereka sudah biasa menggunakan kedua aplikasi tetapi atas sebab faktor usia yang semakin meningkat, mereka mudah lupa dan memerlukan ulangkaji setiap kali mereka membuat kerja mereka.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan membuka dokumen yang sedia ada di dalam pedrive masing-masing. Kemudian mereka mula meng'edit' dokumen yang sedia ada. Setelah siap mereka mencetak dokumen tersebut dan menghantar 'softcopy' dokumen kepada penyelia mereka melalui emel. Mereka diajar dan dibimbing oleh petugas cara untuk menghantar dokumen melalui emel dan WhatsApp Web.