Tarikh : 07 Januari 2020 Masa : 14.00 - 17.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan:
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkasakan lagi penguasaan ICT terutamanya dalam penggunaan Microsoft Office Word terhadap pelajar sekolah menengah. Dalam kelas ini, pelajar diajar cara membuat semula jadual kelas beliau memnggunakan Microsoft Office Word dengan menambahkan lagi pengetahuan pelajar terhadap penggunaan 'table' di dalam Microsoft Office Word.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan log masuk ke sistem CMS seperti biasa. Kemudian, pelajar membuka aplikasi MS Office Word. Pelajar kemudian di ajar cara masukkan 'custome table' mengikut bilangan 'row' dan 'column' yang diperlukan. Pelajar kemudian diajar cara mengatur tulisan beliau supaya nampak lebih kemas dan teratur. Setelah selesai, pelajar diajar cara mencetak jadual yang dibuat terus dari komputer.