Tarikh   : 09 Januari 2020

Masa     : 09.00 - 12.30 

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Pelatih PDK Sadong Jaya

 

Tujuan:

Kelas ini diadakan bertujuan mengajar dan memperkasakan lagi penguasaan menaip menggunakan komputer bagi pelatih/pelajar kurang upaya PDK Sadong Jaya. Mereka diajar dan dilatih menaip dan mengenal huruf-huruf. Mereka juga dilatih supaya membaca apa yang mereka taip. Hal ini bertujuan agar disebalik mempertingkatkan lagi tahap penguasaan menaip mereka, mereka juga dapat mempertingkatkan lagi tahap membaca dan mengenal huruf mereka.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan sesi suai kenal. Kemudian mereka diajar cara membuka komputer dan memasukkan no kad pengenalan mereka di sistem log masuk cms. Mereka kemudian di ajar membuka aplikasi MS Office Word. Kemudian mereka diajar cara mula untuk menaip teks ringkas yang telah diedarkan kepada mereka. Di samping menaip mereka juga diajar mengenal huruf yang mereka tekan dan membaca teks yang mereka taip. 

Klik Di Sini Untuk Gambar