Tarikh : 09 Januari 2020 Masa : 09.00 - 12.30 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Pelatih PDK Sadong Jaya |
Tujuan:
Kelas ini diadakan bertujuan memperkenalkan pelatih/pelajar PDK Sadong Jaya yang berkelainan upaya dengan aktiviti mewarna secara online atau lebih dikenali dengan nama mewarna digital. Oleh kerana ada dalam kalangan mereka yang sukar untuk menggerakkan anggota badan mereka, maka mewarna digital adalah cara yang terbaik berbanding mewarna menggunakan pensel warna.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan memperkenalkan mereka dengan apa itu mewarna secara digital. Mereka diajar mewarna di komputer (secara online) dengan menggerakkan tetikus untuk memilih warna dan tempat yamng hendak diwarna. Apabila selesai mewarna satu gambar, mereka bebas memilih apa saja gambar yang mereka suka untuk diwarna. Kelas ini mendidik pelajar kurang upaya mengenalpasti warna dan menggerakkan anggota tangan dan mata mereka ketika mewarna.