Tarikh   : 6 Ogos 2020

Masa     : 14.00 - 17.00

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Wanita

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan untuk memberitahu kepada orang awam bahawa kita boleh membuat sebarang aduan berkenaan masalah dalam talian. Pengguna di sini mempunyai masalah di mana beliau diganggu oleh orang yang tidak dikenali melalui aplikasi Hangout Google dengan mengatakan sesuatu yang berunsur ugutan. Oleh yang demikian, pengguna dinasihatkan untuk membuat aduan di Portal Aduan SKMM dengan menyertakan sekali bukti bergambar. Penggunan di ajar cara membuat aduan di portal tersebut dengan betul dan mengisi maklumat yang diminta dengan betul.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk berkaitan dengan scam. Pengguna dinasihatkan untuk tidak melayan sebarang mesej daripada orang yang tidak dikenali dari mana-mana platform sosial media. Sentiasa berhati-hati dalam berkongsi maklumat dan gambar di media sosial kerana tidak semua yang berkawan dengan kita di sosial media boleh dipercayai. Pengguna kemudian di ajar cara membuat aduan berkaitan masalah yang beliau hadapi di Portal Aduan SKMM.

Klik Di Sini Untuk Gambar