Tarikh : 8 Ogos 2020 Masa : 14:00 - 17.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar pelajar sekolah rendah cara untuk menonton video yang berfaedah di Youtube. Mulanya di ajar cara menggunakan browser Google Chrome dan memperkenalkan beliau tentang penggunaan browser tersebut. Kemudian beliau di ajar mencari dan menaip perkataan Youtube di tab carian browser tersebut. Pelajar kemudian di ajar cara mencari sesuatu video yang beliau ingin lihat. Para pelajar sekolah pada masa kini kebanyakannya lebih suka belajar melalui video tentang sesuatu pengetahuan yang mereka ingi ceburi.
Aktiviti:
Pelajar pada mulanya dikenalkan dengan ringkas mengenai KDB berkaitan Penggunaan Internet dan Maklumat Palsu. Hal ini kerana, walaupun di Youtube banyak video berkaitan pelajaran, tidak kurang juga video yang memberikan maklumat yang tidak betul dan mendatangkan kesan buruk terhadap kanak-kanak. Oleh yang demikian, pelajar di ajar supaya berhati-hati dalam memilih video yang ingin ditonton dan dapatkan bantuan dan pengawasan orang dewasa ketika menonton video.