Tarikh : 15 Ogos 2020 Masa : 09:00 - 16.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Usahawan Tempatan |
Tujuan:
Tujuan Kursus ini diadakan adalah untuk mengukuhkan lagi pusat internet sebagai Pusat Latihan Keusahawanan di samping membantu para usahawan menggunakan internet sebagai platform untuk berniaga dan meluaskan lagi pasaran produk mereka untuk menambahkan pendapatan. Selain itu, kursus ini diadakan bagi memperkenalkan kepada para usahawan tentang platform shopee shop untuk menjual produk mereka secara atas talian sahaja. Walaupun kebanyakan daripada komuniti biasa menggunakan aplikasi shopee untuk membeli, tetapi mereka tidak pernah menggunakan aplikasi tersebut untuk menjual.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk Aspirasi Digital dan Penipuan Kewangan. Kemudian, para peserta dikenalkan dengan aplikasi shopee. Para peserta di ajar cara log masuk ke akaun shopee bagi yang dah ada akaun shopee, dan di ajar cara membuat akaun yang baru bagi yang belum ada akaun shopee. Setelah itu, para peserta di ajar cara menyediakan kedai di shopee berdasarkan modul yang telah diberikan kepada peserta. Proses pengajaran dan pembelajaran tersebut berlangsung hingga ke petang.