Tarikh   : 22 Ogos 2020

Masa     : 09:00 - 16.00

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah

 

Tujuan:

Kursus ini bertujuan mendedahkan para pelajar tentang penghasilan poster secara digital atas talian. Sebelum membuka aplikasi CANVA, para pelajar harus memilik akaun emel masing-masing terlebih dahulu. Para pelajar di ajar cara menghasilkan poster yang menarik berdasarkan tema yang telah diberi iaitu Pusat Internet Pemangkin Komuniti Digital. Para pelajar juga di ajar cara menghasilkan poster menggunakan aplikasi lain seperti Adobe Photoshop. Tujuan utama penghasilan poster ini adalah untuk menggalakkan para pelajar menyertai pertandingan poster kreatif yang dianjurkan oleh Pusat Internet di bawah pengelolaan MSD Digital Intelligence SDN BHD antara peringkat negeri. 

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk mengenai cyber bully kepada para pelajar. Kemudian para pelajar di ajar cara membuat akaun emel melalui google account. setelah memiliki akaun emel masing-masing, barulah para pelajar di ajar cara daftar ke aplikasi CANVA untuk menggunakan aplikasi tersebut dalam penghasilan poster kreatif. Kelas diteruskan hingga ke petang dengan penerangan dan tunjuk ajar para petugas.

Klik Di Sini Untuk Gambar