Tarikh : 16 Oktober 2020 Masa : 14:30 - 17.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar pelajar mengatur tetapan di kedai shopee beliau. Beliau juga diajar cara menambah produk jualan untuk kedai shopee beliau. Menjadi pembeli di shopee adalah perkara biasa, tetapi menjadi penjual di Shopee adalah perkara yang luar biasa. Disamping mendidik jiwa berbisnes dalam diri remaja, kelas ini juga mendedahkan beliau dengan kepentingan internet jalur lebar masa kini dalam sektor ekonomi.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk ringkas kepada pelajar. Kemudian pelajar diajar cara log masuk ke akaun shopee di komputer yang beliau gunakan. Pelajar kemudian di ajar cara mengatur tetapan akaun shopee beliau sekaligus mengajar beliau menambah produk jualan di kedai shopee beliau. Pelajar kemudian belajar membuat sendiri dengan pemantauan daripada petugas.