Tarikh : 17 November 2020 Masa : 09:00 - 12.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Usahawan Wanita |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar dan mendedahkan usahawan wanita tentang pentingnya membuat business profile pada masa kini. Usahawan juga diajar cara menaip menggunakan MS Office Word dan menambah baik template business profile yang sedia ada mengikut maklumat perniagaan beliau. Business profile ini penting untuk usahawan kerana ianya menunjukkan yang usahawan benar benar serius menjalankan perniagaan beliau.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk secara ringkas kepada peserta. Peserta kemudian diajar cara menaip menggunakan MS Office Word dan membuat Business Profile beliau menggunakan Template yang telah disediakan. Peserta membuat sendiri dengan bantuan dan pemantauan daripada petugas.