Tarikh : 19 - 20 November 2020 Masa : 09:00 - 12.00 dan 14.30 - 17.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Wanita |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar dan mendedahkan para wanita yang berkerja sebagai kakitangan kerajaan dalam membuat tugasan mereka menggunakan MS Office Excel. Mereka diajar cara mengeluarkan dokumen tersebut dari file WhatsApp dan kemudian mengisi maklumat yang diperlukan dalam dokumen excel tersebut. Mereka diajar cara ringkas untuk menyalin dan tampal maklumat sama yang berulang.
Aktiviti:
Kelas dimulakan dengan KDB Talk ringkas. Peserta kemudian diajar cara mengeluarkan dokumen yang perlu diedit dari file whatsApp. Kemudian, peserta menambah maklumat yang diperlukan dalam dokumen tersebut. Setelah selesai, peserta dikehendakai menghantar semula dokumen yang telah dikemaskini kepada penyelia mereka.