Tarikh : 8 Januari 2021 Masa : 9:00 - 12.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Wanita |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan meningkatkan lagi kemahiran menggunakan MS Office Word para Wanita bekerjaya yang bekerja di sektor awam KEMAS. Kemahiran menggunakan MS Office Word perlu ada untuk setiap pekerja pejabat tidak kira usia kerana kemahiran ini diperlukan untuk membuat sebarang jenis laporan samaada laporan yang baru atau hanya menambah baik laporan sedia ada.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk ringkas bersama peserta kelas. Peserta kemudian membuka dokumen yang mereka simpan di dalam Pendrive masing-masing. Kemudian mereka menambah baik laporan yang sedia ada mengikut maklumat terkini mereka. Setelah selesai membuat semua laporan, mereka menyimpan semula laporan tersebut ke dalam pendrive dan sedia untuk dicetak.