Tarikh       : 21 Mei 2022

Masa         : 08.30 am - 05.00 pm

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Pelajar Sekolah Rendah (1 Orang)

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar dan mendedahkan pelajar sekolah rendah dengan penggunaan Microsoft Office Excel untuk membuat jadual. Pelajar di ajar cara memulakan membuat jadual menggunakan Excel dan kemudian pelajar juga diajar cara asas untuk menambahbaik jadual ringkas beliau dengan mewarnakan kotak-kotak tertentu dan menyeragamkan format agar nampak lebih kemas. Beliau juga diajar cara mudah untuk menambah semua jumlah yang dimasukkan tanpa menggunakan kiraan manual (kalkulator). Selepas siap jadual beliau, beliau diajar cara memenjadikan data dalam jadual itu kepada carta pai. Selepas itu beliau diajar cara menggunakan aplikasi Paint untuk melukis dan mewarna mengikut kreativiti beliau sendiri.

 

Aktiviti:

Peserta awalnya dideahkan dengan KDB Talk ringkas iaitu Buli Siber. Peserta kemudian diajar dan diterangkan mengenai MS Office Excel. Peserta diberi satu contoh jadual dan beliau diajar cara membuat jadual seperti yang ditunjukkan. Peserta membuat latihan kendiri dengan bantuan dan pemantauan serta penerangan daripada petugas. Peserta juga diajar cara memindahkan data jadual menjadi carta pai. Peserta sangat teruja kerana beliau mampu membuat carta pai menggunakan MS Office Excel. Peserta kemudian didedahkan dengan aplikasi Paint untuk melukis dan mewarna secara digital mengikut kreativiti beliau sendiri.

Klik Di Sini Untuk Gambar