Tarikh       : 22 Mei 2022

Masa         : 08.30 am - 01.00 pm

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Pelajar Sekolah Rendah (1 Orang)

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar peserta untuk bijak dan kreatif membuat kad Ucapan menggunakan komputer. Pada kali ini peserta diajar membuat Kad Ucapan menggunakan Microsoft Office Powerpoint. Dengan menggunakan MS Powerpoint, ianya menjadi mudah dan senang difahami oleh peserta yang masih di peringkat awal mempelajari membuat kad ucapan menggunakan komputer. Disamping itu, peserta juga diajar cara memuat turun gambar-gambar yang perlu digunakan di Google Search Image dan peserta juga diajar cara menyusun atur gambar-gambar di kad ucapan beliau agar nampak cantik dan kemas. 

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk secara ringkas mengenai Grooming kepada peserta. Peserta kemudian diajar cara membuka MS Office Powerpoint dan mengatur setting design (saiz dan posisi) kad ucapan beliau. Beliau kemudian diajar cara untuk membahagikan kad supaya menjadi dua bahagian (untuk kad yang dilipat dua). Kemudian peserta diajar cara memasukkan gambar yang telah dimuat naik daripada Google Search Image dan menyusun atur posisi gambar-gambar tersebut mengikut kreativiti dan citarasa beliau. Peserta diajar cara mencari sajak ringkas di internet dan kemuidan menyalin dan menaip semula sajak tersebut ke dalam kad ucapan beliau. Setelah siap, kad ucapan yang dihasilkan dicetak dengan bantuan petugas. Peserta sangat gembira dan teruja dengan hasil kerja beliau sendiri.

Klik Di Sini Untuk Gambar