Nama : Ainul Fathiah binti Jefferi

Umur : 8 Tahun

Ahli   : 2020

 

Latar Belakang:

Adik Ainul Fathiah merupakan elajar sekolah rendah yang bersekolah di SJK Chung Hua Jemukan. Beliau seorang yang suka belajar berkenaan komputer dan ICT dan sering kali berkunjung ke PEDi Sadong Jaya jika berkelapangan. Adik Ainul Fathiah juga suka mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh PEDi Sadong Jaya. Beliau gemar menambah pengetahuan ICT beliau dari semasa ke semasa. Beliau juga suka menonton rancangan kegemaran beliau di aplikasi Youtube ketika berada di PEDi.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PEDi:

Beliau tidak begitu pandai menggunakan komputer dan tidak mengetahui komonen-komponen yang ada di komputer. Beliau juga tidak berapa mengetahui apa fungsi komputer dan setiap yang ada padanya. Beliau berasa kekok menaip dan kadang-kadang hilang tumpuan bila beliau celaru. Beliau tidak tahu macam mana hendak memulakan penggunaan komputer. Beliau tidak tahu fungsi-fungsi yang terdapat pada papan kekunci komputer.

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PEDi:

Beliau sekarang telah pandai menaip, menggunakan Microsoft Office Word, Microsoft Office PowerPoint dan Microsoft Office Excel dan mengerahui cara-cara menggunakan komputer. Beliau telah bijak menggunakan fungsi-fungsi yang ada di papan kekunci komputer dan fungsi-fungsi basic yang ada di Microsoft Office Word, PowerPoint dan Excel dengan pemantauan yang minimum daripada petugas. Beliau juga sudah bijak membuka komputer tanpa arahan dan tunjuk ajar daripada petugas. Adik Ainul juga diajar cara mengendalikan dokumen-dokumen yang beliau buat supaya ada dalam 1 folder.Ini memudahkan beliau untuk merujuk kembali apa yang beliau pelajari sepanjang beliau mengunjungi PEDi Sadong Jaya.

Klik Di Sini Untuk Gambar