Nama : Jamilah binti Morni

Umur : 58 Tahun

Ahli   : 2019

 

Latar Belakang:

Puan Jamilah binti Morni merupakan seorang penjawat awam di Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS) sebagai Pembantu Kemahiran. Sebagai penjawat awam, beliau harus tahu bagaimana untuk menggunakan komputer terutamanya untuk menaip laporan kerja beliau dan juga harus mahir menggunakan laman web/internet untuk mengemaskini maklumat HRMIS beliau di dalam sistem laman web yang sepatutnya. Puan Jamilah ditugaskan mengajar para wanita di kawasan beliau, kemahiran kraftangan seperti menghias tudung salji, membuat bunga-bungaan daripada barangan terpakai dan pelbagai kraftangan lain. Beliau juga bertanggungjawab dalam mendidik segolongan wanita yang sudah berusia mengenal huruf dan belajar menulis.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PEDi:

Beliau tidak begitu pandai menggunakan komputer. Beliau juga tidak berapa mengetahui apa fungsi komputer dan setiap yang ada padanya. Beliau berasa kekok menaip dan kadang-kadang hilang tumpuan. Beliau tidak berapa pandai menggunakan laman web HRMIS di mana beliau perlu mengemaskini maklumat beliau setiap tahun. Beliau juga masih kekok dalam pengurusan dokumen beliau. Beliau keliru dan kadangkadang risau bila mana ada sebahagian dokumen yang dihantar kepada beliau melalui WhatsApp tetapi perlu dikemaskini dan ditambah baik semula di komputer. Beliau juga masih keliru dengan cara menyimpan dan membuka semula dokumen dan fail beliau yang beliau simpan di dalam pendrive.

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PEDi:

Beliau sekarang telah pandai menaip, menggunakan Microsoft Office Word dan mengetahui cara-cara menggunakan komputer. Beliau telah bijak menggunakan fungsifungsi yang ada di papan kekunci komputer dan fungsi-fungsi yang ada di Microsoft Office Word dengan pemantauan yang minimum daripada petugas. Puan Jamilah juga telah bijak menguruskan dokumen beliau. Beliau sudah tahu cara memuat turun dokumen atau fail yang dihantar kepada beliau melalui WhatsApp. Beliau akan membuka WhatsApp Web dan memuat turun segala dokumen yang diperlukan. Beliau kemudian akan memasukkan dokumen yang telah dimuat turun ke dalam pendrive milik beliau. Beliau akan menyediakan satu folder khas dalam pendrive beliau agar mudah untuk beliau mencari dokumen yang diperlukan mengikut jenis dan kepentingan. Puan Jamilah juga sudah pandai merekod, menyimpan dan mengingat setiap kata laluan yang beliau perlukan seperti kata laluan akaun Google dan kata laluan akaun HRMIS. Beliau juga telah pandai menggunakan sistem HRMIS dengan bantuan dan tunjuk ajar petugas.

Klik Di Sini Untuk Gambar