Nama : Nurul Aidilla Fitrisya binti Mohd Taip

Umur : 12 Tahun

Ahli   : 2020

 

Latar Belakang:

Adik Nurul Aidilla Fitrisya merupakan pelajar sekolah rendah yang bersekolah di SK Pendam, Sadong Jaya. Beliau seoarng yang suka belajar berkenaan komputer dan ICT dan sering kali berkunjung ke PEDi Sadong Jaya jika berkelapangan. Adik Nurul Aidilla Fitrisya juga suka mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh PEDi Sadong Jaya. Beliau gemar menambah pengetahuan ICT beliau dari semasa ke semasa. Beliau juga suka menonton rancangan kegemaran beliau di aplikasi Youtube ketika berada di PEDi Sadong Jaya.

 

Sebelum Penggunaan ICT /Penglibatan PEDi:

Beliau tidak begitu pandai menggunakan komputer dan tidak mengetahui komponen-komponen yang ada di komputer. Beliau juga tidakberapa mengetahui apa fungsi komputer dan setiap yang ada padanya. Beliau berasa kekok menaip dan kadang-kadang hilang tumpuan bila beliau celaru. Beliau tidak tahu macam mana hendak memulakan penggunaan komputer. Beliau tidak tahu fungsi-fungsi yang terdapat pada papan kekunci komputer.

 

Selepas Penggunaan ICT /Penglibatan PEDi:

Beliau sekarang telah menaip, menggunakan MS Office Word, MS Office Powerpoint dan MS Office Excel serta mengetahui cara-cara menggunakan komputer. Beliau telah bijak menggunakan fungsi-fungsi yang ada pada papan kekunci komputer dan fungsi-fungsi basic yang ada pada MS Office Word, Excel dan Powerpoint dengan pemantauan yang minimum daripada petugas. Beliau juga sudah bijak membuka komputer tanpa arahan dan tunjuk ajar daripada petugas. Adik Nurul Aidilla Fitrisya juga diajar cara mengendalikan dokumen-dokumen yang beliau buat supaya ada dalam 1 folder. Ini memudahkan beliau untuk merujuk kembali apa yang telah beliaupelajari sepanjang beliau mengunjungi PEDi Sadong Jaya.

Klik Di Sini Untuk Gambar