Nama : Suria binti Sauli

Umur : 46 Tahun

Ahli   : 2018

 

Latar Belakang:

Puan Suria binti Sauli merupakan seorang guru Taska Kemas yang baru sahaja selesai menyambung pelajarannya ke peringkat Ijazah. Sebagai seoarng guru, beliau harus tahu bagaimana untuk menggunakan komputer terutamanya untuk menaip laporan kerja dan assignment beliau dan juga harus mahir menggunakan perisian komputer lain seoerti video maker bagi menghasilkan alat pengajaran yang lebih menarik.

Puan Suria sering ke PEDi Sadong Jaya untuk menyiapkan assignment yang diberikan semasa beliau menyambung pelajarannya. Beliau juga selalu ke PEDi bagi mempelajari cara-cara membuat video dengan menggunakan gambar-gambar dan video yang telah diambilnya menggunakan telefon.

Selain daripada itu, dengan wujudnya PEDi Sadong Jaya, beliau bolehmengasahkan lagi kemahiran beliau di samping menggunakan perkhidmatan yang sedia ada di PEDi Sadong Jaya seperti cetakan, fotokopi, internet dan sebagainya.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PEDi:

Beliau kurang mahir dalam pengurusan komputer dan dokumen. Beliau sering kehilangan dokumen terutamanya di dalam pendrive. Sering sukar untuk mencari dokumen yang telah disimpan. Beliau juga tidak pandai menggunakan beberapa perisian komputer yang sedia ada contohnya WhatsApp Wen dan Movie Maker.

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PEDi:

Beliau sekarang telah pandai menaip, menggunakan Microsoft Office dan mengetahui cara-cara menggunakan komputer. Beliau telah bijak menggunakan fiungsi-fungsi yang ada di papan kekunci komputer dan fungsi-fungsi yang ada di Microsoft Office Word dengan pemantauan yang minimum daripada petugas.

Puan Suria juga telah bijak menguruskan dokumen beliau. Beliau sudah tahu cara memuatturun dokumen atau fail yang dihantar kepada beliau melalui WahtsApp. Beliau juga telah pandai menyunting video dan membuat video yang menarik bagi tontonan pelajar-pelajar beliau.

Klik Di Sini Untuk Gambar