Nama : Piut binti Jawi

Umur : 49 Tahun

Ahli   : 2020

 

Latar Belakang:

Puan Piut binti Jawi merupakan seorang surirumah yang kreatif dan bijak mengambil peluang dan ruang untuk berniaga. Beliau mulanya mengikuti kelas membuat atau mencanting batik yang dianjurkan oleh Rumah Usahawan Wanita Sadong Jaya. Beliau menggunakan sebaiknya masa kelas untuk belajar. Dan setelah memahami semua konsep yang diajar, beliau sentiasa melatih diri membuat dan mencanting sendiri batik bersama rakan-rakannya.

Untuk mengekalkan pengetahuan yang ada, belioau memberi latihan kepada generasi muda yang berminat untuk belajar mencanting batik. Dengan dorongan suami beliau dan bantuan anak didik dan rakan-rakan, beliay juga menghasilkan produk daripada batik yang mereka buat sendiri seperti baju kemeja, baju kurung, baju fesyen yang lain, set kain dan sebagainya. Beliau juga sering dijemput untuk membuiat pameran dan juala produk beliau. Beliau sering ke PEDi Sadong Jaya bersama stiausaha beliau untuk membuat laporan berkenaan aktiviti beliau dan beliau juga menjual produk beliau di Platform Jualan MyCraft Shoppe, online platform di bawah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PEDi:

Sebelum Puan Piut mengenalai PEDi, pengetahuan beliau terhadap bidang ICT tidak begitu baik. Beliau tidak begitu mahir tentang kemahiran mempromosikan produk dan menggunakan komputer/telefon untuk membuat promosi barang online.

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PEDi:

PEDi Sadong Jaya telah banyak membantu beliau dalam meningkatkan kemahiran ICT terutamanya dalam menggunakan Microsoft Office, perisian komputer yang lain. Beliau juga telah emnghadiri kelas yang dianjurkan di PEDi Sadong Jaya iaitu yang dijalankan oleh petugas PEDi Sadong Jaya. Latihan yang dijalankan di kelas-kelas ini telah banyak memberi menfaat kepada perniagaan beliau iaitu beliau dapat mempelajari cara-cara mempromosikan [produk ke halaman Facebook, dan lain lain medium jualan beliau. Melalui tunjuk ajar petugas, Puan Piut binti Jawi juga mempu memahami kons jualan atas talian yang menjadi paltform digital popular pada masa kini.

Klik Di Sini Untuk Gambar