Nama : Jamaliah binti Haji Senong

Umur : 58 Tahun

Ahli   : 2016

 

Latar Belakang:

Puan Jamaliah binti Haji Senong merupakan pesara (Guru Tabika KEMAS) dan sekarang merupakan peniaga kecil-kecilan di kampung. Beliau merupakan agen AMWAY dan juga bekerja di Batik Kraf Sadong Jaya.

Puan Jamaliah sering mengikuti kelas-kelas dan program-program yang dianjurkan oleh PEDi Sadong Jaya. Sering bersemangat mengikut pertandingan anjuran PEDi Sadong Jaya. Beliau turut mengajak anak-anak beliau mengikuti program dan kelas-kelas yang dianjurkan PEDi Sadong Jaya.

Melalui PEDi Sadong Jaya, beliau boleh mengasahkan lagi kemahiran beliau dalam bidang pengkomputeran di samping menggunakan perkhdmatan yang sedia ada di PEDi Sadong Jaya seperti cetakan, fotokopi, internet dan sebagainya.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PEDi:

Beliau tidak begitu pandai menggunakan komputer dan menaip. Beliau juga tidak berapa mengetahui apa fungsi komputer dan software yang terdapat dalam komputer. Beliau juga tidak pandai untuk mengambil gambar produk dan mengedit gambar.

Beliau juga masih kekok dalam pengurusan dokumen beliau di mana sering kehilangan dokumen atau fail, atau tersalah tempat meyimpan.

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PEDi:

Beliau sekarang telah pandai menaip, menggunakan Microsoft Office (Word/Excel/PowerPoint) dan mengetahui cara-cara menggunakan komputer. Beliau telah bijak menggunakan fungsi-fungsi yang ada di papan kekunci komputer dan fungsi-fungsi yang ada di Microsoft Office Word dengan pemantauan yang minimum daripada petugas.

Puan Jamaliah juga telah bijak menguruskan dokumen beliau. Beliau sudah tahu cara memuat turun dokumen atau fail yang dihantar kepada beliau melalui WhatsApp. Beliau akan membuka WhatsApp Web dan memuat turun segala dokumen yang diperlukan.

Puan Jamaliah juga sudah pandai menggunakan software bagi mengedit gambar bagi mempromosikan barangan jualan beliau. Beliau juga telah pandai mencari gambar di dalam internet dan memuat turun gambar ke komputer.

Klik Di Sini Untuk Gambar